Tuesday, August 25, 2026
Home Tag Politik

Tag: Politik

Seawal ‘Subuh’ Peti Undi SPR Dibawa ke Pusat-Pusat Mengundi #PRNJohor

Petugas SPR membawa masuk kotak undi ke pusat mengundi DUN Maharani seawal jam 6.30 pagi sebagai persiapan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di SMK Seri Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 MAC 2022.

Jentera BN Kibar Bendera Atas Bot Kempen Hari Terakhir #PRNJohor

Jentera Barisan Nasional melakukan kempen terakhir dengan menaiki bot nelayan yang telah dipasang dengan bendera Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sekitar jeti Tun Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 MAC 2022.

Pecutan Akhir Kempen Calon BN, Hasni Mohammad #PRNJohor

Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad beramah mesra bersama penduduk ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Parit Dua, Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 11 MAC 2022.

Najib Solat Jumaat Dengan Pengundi Permas #PRNJohor

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama penduduk selepas menunaikan solat jumaat sebelum meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Masjid Al Azim Permas Jaya, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 11 MAC 2022.

Persiapan Akhir SPR di Pusat-Pusat Mengundi #PRNJohor

Petugas SPR melakukan kerja-kerja persiapan menjelang hari pengundian esok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Daerah Mengundi DUN Maharani di SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 MAC 2022.

Hasni Mohammad Santai Bersama Pekebun Kecil Makmur #PRNJohor

Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad menyaksikan persembahan silat pada Majlis Pekebun Kecil Makmur sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Parit Madirono, Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2022.

Zahid Hamidi Kempen ‘Undi BN’ Bersama Pengundi #PRNJohor

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada Ceramah Umum BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di PDM Sawah Ring, Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.

Khairy, Calon BN ‘Rewang’ Bersama Orang Kampung #PRNJohor

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin (kanan) diiringi calon Barisan Nasional (BN) N.07 Bukit Kepong, Ismail Mohamad (kiri) melakukan aktiviti rewang bersama orang kampung ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di FELCRA Bukit Kepong, Labis, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2022.

Calon Bebas, Ismail Don Bawa Traktor Raih Undi #PRNJohor

Calon Bebas N.32 Endau, Ismail Don melambai bersama jentera traktornya bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dataran Kembara Mersing, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 10 MAC 2022.

Calon BN, Khairin-Nisa Ismail Santuni Golongan Muda #PRNJohor

Calon Barisan Nasional (BN) N.11 Serom, Khairin-Nisa Ismail (tengah) bergambar kenangan dengan pengundi muda yang hadir pada Program Bersama Anak Muda sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Parit Bunga, Ledang, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2022.