Tag: rasuah
Kenaikan pangkat ketua jabatan disekat jika gagal lapor aktiviti rasuah –...
Kalau nampak terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang terfikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak ketahui.
Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah
Mereka didakwa secara rasuah memperoleh suapan daripada sebuah syarikat melalui pemindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank masing-masing sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori syarikat itu yang membawa keluar barang dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Rasuah lebih RM1 juta: Tiga termasuk Pendaftar Perkahwinan direman
Suspek pertama itu katanya, dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat terbabit bagi membolehkan pasangan yang bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
Minta rasuah RM20,000, pengarah PBT direman tiga hari
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri itu berkata, lelaki berusia 40-an itu disyaki meminta sejumlah wang berkenaan sebagai balasan mempercepat dan meluluskan permohonan pengubahsuaian bangunan tanpa melalui prosedur di kawasan Selangor.
Anggota kastam KLIA mengaku tak bersalah terima suapan
Menurut fakta pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan sebanyak RM400, RM2,000, RM300 dan RM500 sebagai dorongan tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tugasannya dengan tidak melakukan pemeriksaan lori yang keluar dari kargo KLIA.
Dua Pembantu Penguasa Kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah
Che Mohd Taufik didakwa atas 13 pertuduhan menerima keseluruhan rasuah RM9,000 daripada J. Jehatis, pemilik Kalos Enterprise sebagai suapan untuk tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa keluar barang dari kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kerani, kontraktor nafi terima rasuah RM47,000 tawar gelaran Datuk
Seorang kerani dan kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah untuk mendapatkan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sejak tujuh tahun lalu.
Bekas Datuk Bandar MBJB hadapi 12 tuduhan rasuah RM1.55 juta
Datuk Adib Azhari Daud, 63, didakwa menerima wang untuk diri sendiri sebagai upah membantu dua lelaki mendapat pelbagai projek di kawasan MBJB melalui seorang lagi individu lain bernilai antara RM10,000 hingga RM250,000 menerusi 12 transaksi berbeza.
Dua Pembantu Penguasa Kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Mohd Faizul didakwa atas pertuduhan menerima suapan RM1,750 pada 16 Julai 2020 manakala Mohamad Rasul didakwa dengan dua pertuduhan menerima suapan keseluruhan berjumlah RM2,550 pada 8 September 2020 dan 13 September 2020 dan kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Kota Bharu, Kelantan.
SPRM tahan bekas Datuk Bandar disyaki terima rasuah lebih RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang hari ini menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.















