Tag: sektor pembuatan
Sektor pembuatan Malaysia lemah bagi empat bulan berturut-turut
Sektor pembuatan Malaysia memulakan tahun 2019 dengan penurunan bulanan empat bulan berturut-turut dalam keadaan operasi, pengeluaran dan perniagaan baharu kedua-duanya susut semasa Januari.
Jualan sektor pembuatan Januari RM67.8b
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Januari 2018 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua subsektor terutamanya kumpulan produk peralatan elektrik dan elektronik (14.3%), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (10.9%) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (8.1%).
Nilai jualan sektor pembuatan Februari RM59.4b
Tahun ke tahun, lonjakan nilai jualan pada bulan Februari 2017 adalah berikutan peningkatan dalam semua subsektor terutama kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (13.8%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (17.7%) dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (14.2%). Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang 79.6% kepada nilai jualan sektor pembuatan.
Sektor pembuatan negara catat RM61b pada Januari
Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya berkata, nilai jualan sektor pembuatan pada Januari 2017 mencatatkan RM61.2 bilion, peningkatan sebanyak 10.7 peratus (RM5.9 bilion) berbanding RM55.3 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.









