KUALA LUMPUR -Nilai jualan sektor pembuatan mencatatkan RM61.2 bilion pada Januari 2017.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya berkata, nilai jualan sektor pembuatan pada Januari 2017 mencatatkan RM61.2 bilion, peningkatan sebanyak 10.7 peratus (RM5.9 bilion) berbanding RM55.3 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Januari 2017 adalah seramai 1,044,346 orang, meningkat sebanyak 1.4 peratus atau 14,193 orang berbanding 1,030,153 orang pada Januari 2016.

Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada bulan Januari 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 1.5 peratus (RM49.3 juta) kepada RM3,300.3 juta.

Produktiviti meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM58,580 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette