Tag: seterika wap
Sebutan kes penuntut UPNM ditekap seterika panas 4 Feb depan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Februari tahun depan bagi sebutan kes seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu menggunakan seterika wap panas.
Mahkamah ditunjukkan cara seterika wap diguna pada Zulfarhan
Bahan bukti kes itu dibawa masuk ke mahkamah selepas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memohon untuk melakukan demonstrasi dan menerangkan tahap kepanasan seterika wap itu yang mempunyai suhu rendah, pertengahan dan paling tinggi.









