Tag: Tidak Ada Keperluan PRU Awal
Tidak Ada Keperluan PRU Awal – Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal kerana parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal komited menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal. Katanya, PRU seterusnya boleh diadakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun depan, manakala tumpuan kerajaan ketika ini adalah menyelesaikan permasalahan rakyat dan memperkukuh ekonomi.








