Pesawat Delta Airl Lines. Foto Facebook Delta Airl Lines.

NEW YORK – Gelongsor kecemasan pesawat Delta Air Lines terjatuh Delta sejurus selepas berlepas pada hari Jumaat, memaksa juruterbang untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy.

Juruterbang Delta Air Lines bagi Penerbangan 520 dari New York ke Los Angeles berkata, pihaknya mendengar bunyi getaran dan hentaman tidak lama selepas berlepas, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Pesawat itu berpatah balik dan mendarat semula di JFK pada 8.35 pagi, selepas menghabiskan kira-kira 33 minit di udara.

Selepas pemeriksaan, kru mendapati gelongsor kecemasan dari salah satu pintu keluar Boeing 767 telah terpisah dari pesawat, kata Delta dalam satu kenyataan.

Anak kapal sedang berusaha untuk menentukan di mana gelongsor itu mendarat, menurut syarikat penerbangan itu.

“Delta menyokong penuh usaha mendapatkan semula dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat berusia 33 tahun itu telah dikeluarkan dari perkhidmatan dan penumpang ditempatkan dalam penerbangan lain ke Los Angeles, menurut FAA.

Agensi itu berkata, ia sedang menyiasat kejadian itu. – Agensi