Bekas Gabenor Bank Negara ,Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz meninggkalkan pekerangan mahkamah selepas hadir perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Baguslah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia bertindak untuk mendapatkan maklumat dari Jerman berhubung empat kereta Bugatti Veyron yang telah dirampas di sana,

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, ada dakwaan kereta mewah itu milik Khadem Al-Qubasim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif IPIC dan pengerusi syarikat Aabar.

Khadem dan dan rakan subahatnya Mohd Al Husseiny (bekas CEO Aabar) adalah pemilik Aabar palsu.

Dakwanya, Jho Low, Khadem dan Mohd Al-Husieny menubuhkan Aabar palsu ini.

Oleh sebab itu, usaha untuk menangkap dan membawa balik Jho Low amat penting kerana ramai yang teraniaya, khususnya Datuk Seri Najib Razak.

Bugatti Veyron

Puad berkata, soalnya kenapa Bank Negara Malaysia meluluskan transaksi duit 1MDB ke luar negara tanpa disemak ketulenan akaun tersebut.

“Siapa Gabenor masa itu?,” soal beliau.

Katanya, di Mahkamah Amerika Syarikat, Tim Leissner memberitahu, Bank Negara Malaysia telah membenarkan 1MDB memindahkan duit sejumlah AS$1 bilion kepada PetroSaudi International (PSI) dalam tempoh satu malam.

“Begitu mudah?,” soal Puad lagi,

Tambahnya, Leissner sudah dihukum, malah Mohd Huseiny dan Khadem pula dihukum penjara oleh Kerajaan Emiriah Arab Bersatu.

“Kenapa Jho Low masih bebas. Kenapa Zeti tidak disiasat?,” tanya pemimpin UMNO ini secara berterusan. – MalaysiaGazette