Tapak tanah perkuburan suspek kes serang di Balai Polis Ulu Tiram yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dikebumikan dalam jarak jauh dari perkuburan di kawasan berkenaan.

ULU TIRAM – Jenazah suspek yang menyerang dua anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, dekat sini, telah dikebumi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, di sini, jam 12.30 tengah hari tadi.

Upacara pengebumian suspek hanya dihadiri beberapa penduduk kampung, selain pegawai dan anggota polis yang melakukan pemantauan.

Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, berkata, pihaknya dimaklumkan oleh Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek berbanding kubur orang awam lain.

Kubur suspek ditempatkan hujung tanah perkuburan berkenaan.

Jumaat lalu, dua anggota polis maut selepas Balai Polis Ulu Tiram diserang suspek yang bersenjatakan parang dan bertopeng serta berpakaian gelap.

Kejadian itu menyebabkan dua anggota polis berpangkat konstablel  terbunuh, manakala seorang lagi cedera. – MalaysiaGazette