Temu bual BorakMG bersama Pengerusi Lembaga Pengarah NIC, Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod dan Ketua Eksekutif NIC, Zuraimy Abdul Ghani ketika di Pejabat Malaysia Gazette, Jalan Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAY 2024.

KUALA LUMPUR – Sebut sahaja institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), muncul satu stigma pasti ia diselubungi dengan yuran yang mahal.

Namun berbeza di National Integrated College (NIC) yang menawarkan yuran berpatutan, malah turut menyediakan penginapan percuma selama setahun kepada pelajar yang memerlukan.

Pengerusi Lembaga Pengarah NIC, Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod berkata, waris pelajar turut diberi wang saku RM150 sebulan bagi meringankan beban kewangan.

“Antara sasaran utama kita ialah pelajar dalam keluarga B40 dan M40 terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur kerana ia dapat menjimatkan kos penginapan.

“Bagi mereka yang perlukan penginapan, cukup mahal sewa bilik di ibu kota tapi tidak jadi masalah sebab NIC menyediakan penempatan percuma selama setahun,” katanya dalam program BorakMG baru-baru ini.

Prof Dr Mohamad Salmi Mohd Sohod 

Dalam memastikan pelajar tidak terhimpit soal kewangan, NIC tampil dengan bantuan pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Zakat Selangor.

Mengulas lebih banyak tawaran menarik, Ketua Eksekutif NIC, Zuraimy Abdul Ghani berkata, pihak kolej menyedari ada pelajar yang memerlukan waktu lebih fleksibel atas beberapa faktor kekangan.

“Sebenarnya kita boleh urus pembelajaran pelajar itu dengan sistematik. Misal kata kalau mereka bekerja sambilan, kita cuba pastikan kelas tidak mengganggu waktu kerja mereka di sebelah petang kerana peringkat diploma jadualnya lebih terbuka,” ujarnya.

Zuraimy Abdul Ghani

Beliau menambah, kursus yang ditawarkan juga memenuhi keperluan industri seperti bidang pengurusan, sains sosial dan sains kesihatan yang kekal relevan untuk tempoh mendatang.

Antara kursus diploma ditawarkan adalah Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Industri Halal, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Psikologi, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Bagi yang berminat, kolej yang berpusat di Wisma Rampai, Wangsa Maju itu akan mengadakan Hari Terbuka NIC di Datum Jelatek dalam masa terdekat bagi menawarkan lebih banyak kemudahan serta pengiktirafan kualiti pendidikan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here