Menara Tun Razak Exchange (TRX)
KUALA LUMPUR — Bursa Malaysia Bhd mengesahkan perbincangan dengan Mulia Property Development Sdn Bhd mengenai perpindahan ke Tun Razak Exchange (TRX) sedang berjalan, dengan butiran masih belum dimuktamadkan.
“Pengumuman lanjut hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu,” katanya hari ini.
Bursa Malaysia menyatakan demikian sebagai respons kepada dua artikel bertajuk “Bursa Malaysia mulling move to TRX” dan “Dalam peringkat rundingan akhir, ibu pejabat Bursa Malaysia akan dipindahkan ke TRX,” yang diterbitkan baru-baru ini.
Artikel itu mendakwa Bursa Malaysia dan Mulia Property berada di peringkat akhir rundingan untuk memindahkan ibu pejabat bursa itu ke TRX.
Jika langkah itu menjadi kenyataan, Bursa Malaysia berkemungkinan akan menduduki dua tingkat bangunan Exchange 106.
Mulia Property ialah pemaju Exchange 106 106 tingkat di TRX.
Bursa Malaysia kini menduduki kompleks pejabat 16 tingkat yang dipanggil Exchange Square, terletak di Bukit Kewangan, di sini. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast