Gambar media sosial.

KUALA LUMPUR – Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh pada tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Difahamkan wakil daripada jabatan berkenaan datang ke rumah ibu bapa keluarganya Puncak Bestari sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, terdapat keperluan untuk mengambil kanak-kanak terbabit.

“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya dipetik Harian Metro.

Semalam, ibu bapa Zayn didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Hakim Dr Syahliza Warnoh kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Peguam ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat berkata pasangan itu sedang menjalani rawatan psikologi selepas kejadian yang menimpa anak sulung mereka enam bulan lalu.

Katanya ini kerana mereka mengalami depresi selepas kehilangan anak mereka.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here