@malaysiagazette

Sebuah taman tema di Genting Highlands, Genting Skyworlds, dilaporkan terbakar dalam kejadian sekitar jam 4.55 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), komander operasi melaporkan berlaku kebakaran bangunan di tingkat dua taman tema dan merebak ke tingkat empat. malaysiagazette kebakaran tamantemagentinghiglands

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

BENTONG – Taman tema di Genting Highlands, Genting Skyworlds,  dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4.55 petang tadi.

Ketika berita ini ditulis, kebakaran berkenaan sudah pun berjaya dikawal.

Punca kebakaran itu masih belum diketahui.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kebakaran itu melibatkan bangunan di tingkat dua taman tema dan merebak hingga ke tingkat empat.

”Operasi sedang berjalan membabitkan 20 anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba Genting, Bentong termasuk Balai Bomba Janda Baik,” katanya.

Kebakaran itu tular selepas dikongsi netizen di laman media sosial.

Menerusi video yang tular, kelihatan api marak dengan asap hitam berkepul-kepul keluar dari bangunan yang terbakar.

Suara netizen yang melaporkan berkata, kedengaran letupan di dalam bangunan yang terbakar itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here