Radar dari Flight Radar menunjukkan pesawat tentera udara Bangladesh melintasi India.

NEW DELHI – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletak jawatan hari ini dilaporkan meninggalkan negara itu bersama kakaknya.

Data dari Flight Radar menunjukkan pesawat Tentera Udara Bangladesh – Lockheed C-130J Hercules – terbang di ruang udara di Jharkhand, India.

Hasina meninggalkan Bangladesh susulan protes besar-besaran selama lebih sebulan dan mengorbankan nyawa.

Sebelum ini, beberapa laporan mendakwa Hasina akan terbang ke baray Bengal tetapi mengikut data syarikat penerbangan, pesawat itu telah memintas negeri tersebut.

Hasina, mengetuai tampuk Kerajaan Bangladesh sejak 2009, telah mengingkari tuntutan selama berminggu-minggu supaya beliau berundur tetapi melarikan diri berikutan hari kekacauan yang memuncak pada hari Ahad yang mengakibatkan hampir 100 orang maut.

Menurut sumber, pasukan keselamatan telah meminta Hasina keluar dari Bangladesh dan beliau tidak diberi masa untuk bersiap sedia.

Bangladesh menyaksikan keadaan huru-hara dari pagi tadi sehingga kemuncaknya dengan peletakan jawatan Hasina.

Sebagai tindak balas pengumuman itu, orang ramai kelihatan mengibarkan bendera, dan menari di atas kereta kebal di jalan-jalan sebelum beratus-ratus memecah masuk melalui pintu kediaman rasmi Hasina.

Ada yang memecahkan patung bapanya Sheikh Mujibur Rahman, wira kemerdekaan negara. – Agensi