Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki menggunakan sebatang kayu memukul sebuah kereta di Jalan Masai Lama, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tular seorang lelaki menyerang dengan memukul pintu penumpang sebuah kereta milik seorang lelaki di Jalan Masai Lama, di sini, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak, dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, suspek bertindak agresif memukul pintu bahagian penumpang kereta tersebut dengan  menggunakan sebatang kayu.

Katanya, kejadian tersebut dilaporkan mangsa yang berusia 23 tahun dan pada masa sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan video yang tular itu dalam media sosial semalam.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis masih giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Norhidy Usin Abdullah 013-7735711. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here