Dr Mohd Ghazali Abas

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Ghazali Abas diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang bersara wajib pada 22 Mei lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataannya berkata, sebelum ini Mohd Ghazali adalah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Mohd Ghazali telah berkhidmat selama 32 dalam perkhidmatan awam selepas menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. – MalaysiaGazette