BN Akan Bantu PAS PRK DUN Seri Setia | EDISI MG 14 OGOS 2018

Barisan Nasional bersetuju untuk memberi laluan kepada Pas bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia pada 8 September ini sebagai imbal balas kesudian Pas memberi laluan kepada UMNO dan BN bertanding melawan PKR di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu.

Mengenai keputusan membenarkan MCA menggunakan logo parti sendiri pada PRK DUN Balakong, juga pada 8 September ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, ia sebagai usaha untuk melihat sejauh mana rakyat menerima BN.

Selain itu, Datuk Seri Mohamad Hassan menolak dakwaan mengatakan, Barisan Nasional sudah berpecah, walaupun sembilan daripada 14 parti komponen telah keluar dari BN meninggalkan hanya 5 parti.