Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mengadakan prosiding pertamanya membabitkan isu tuntutan tunggakan Bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion pada Rabu dan Khamis lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam telah dihadir bagi penjelasan pada hari Rabu lalu.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bersama Datuk Siti Zauyah Md Desa yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) yang mewakili Ketua Setiausaha memberi penjelasan semalam.

Menurutnya, PAC akan meneruskan prosiding berhubung isu itu pada 25 September 2018 dengan memanggil bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

PAC juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi memberikan penjelasan berhubung isu ini, dalam memastikan siasatan yang dijalankan benar-benar menyeluruh.

Bagaimanapun, PAC tidak sebarang tarikh akhir bagi merumuskan siasatan ini sebelum membentangkan laporannya ke Dewan Rakyat.

Menurut Ronald, pemilihan isu itu dipersetujui sebulat suara semua 13 ahli PAC memandangkan ia membabitkan kepentingan rakyat dan negara selepas perkara berkenaan dibangkitkan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat awal Ogos lalu.

Ia selaras dengan Perkara 77 (1)(d) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Selain 13 Ahli PAC yang dilantik dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, PAC juga dianggotai wakil-wakil tetap kementerian dan jabatan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara dan Unit Perancang Ekonomi.

Rumusan serta cadangan Laporan PAC Parlimen berhubung isu ini, sudah pasti mendapat input serta pandangan daripada wakil-wakil tetap PAC dalam memastikan laporan ini benar-benar komprehensif, telus serta menyeluruh sebelum ia dibentangkan
di Dewan Rakyat dan menjadi dokumen awam. – MalaysiaGazette