Datuk Seri Mohamed Ali mendahului pencabar jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan majoriti 775 undi.
Berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

KUALA LUMPUR – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului 1 – 0 dari pencabarnya, Rafizi Ramli dalam pemilihan parti di Pulau Pinang, semalam.

Bagaimanapun, keputusan di Kedah yang secara tidak rasmi dikatakan memihak kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku pergaduhan di kalangan ahli.

“Terima kasih Pulau Pinang,” ucap Mohamed Azmin ringkas menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam pemilihan di negeri itu kelmarin, Azmin mendapat lapan undi, manakala Rafizi memperoleh lima undi daripada 13 Cabang PKR.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan itu, bekas Menteri Besar Selangor itu belum dapat menghela nafas lega kerana kemenangan di Pulau Pinang agak tipis, iaitu dengan majoriti tiga undi.

Rafizi selaku pencabar tunggal dalam perebutan jawatan nombor dua PKR itu boleh pada bila-bila masa mengatasi jumlah undi diperolehinya, memandangkan 13 negeri lagi belum bersidang termasuk Kedah yang ditangguhkan. – MalaysiaGazette