Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berucap pada Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – “DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO sama sekali dan kita tidak akan bekerja dengan mereka,” demikian menurut Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.

Katanya, idea Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana pertemuan dengan pemimpin tertinggi kerajaan.

“Itu apa yang dia sebut tetapi setakat mana yang saya tahu dalam Pakatan Harapan tidak ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.

“Saya rasa Tun Mahathir pun dah sebut dengan cukup jelas dan kita mendukung pendirian itu,” katanya kepada media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Gobind mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa penubuhan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan dapat dizahirkan segera.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas bersama NSTP semalam.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO tidak menetapkan tempoh tertentu tetapi  berharap ia dicapai menerusi persetujuan bersama.

“Kami terbuka (tubuh kerajaan perpaduan) sebelum atau selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“Perundingan dengan mana-mana parti tidak ada tempoh atau had masa kerana sesuatu keputusan memerlukan persetujuan sepenuhnya pihak satu lagi.

“Pada masa sama saya perlu hormati pandangan rakan dalam saf kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” kata Zahid. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNO.. BUKAN KINGMAKER…. depa dah jadi gomen pun tanpa UMNO… buat apa nak UMNO masuk kotorkan gomen depa. Gila talak tak dapat jadi gomen ke? Itulah kualiti Presiden UMNO yang dilantik.

Tinggalkan Jawapan