TERKINI : Bajet 2019 Bajet Pengorbanan – Lim Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan Bajet 2019 yang bakal dibentangkannya pada 2 November ini menuntut pengorbanan daripada sektor korporat dan perniagaan.

Katanya, sasaran fiskal yang ditetapkan kerajaan terdahulu tidak realistik menyebabkan kerajaan baharu melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan kewangan negara.

“Dua puluh empat peratus sahaja,” guraunya semasa menyampaikan ucapan di forum Malaysia, A New Dawn di sini hari ini.

Ini sekaligus mengesahkan tiada pengurangan cukai korporat pada tahun hadapan walaupun desakan untuk menurunkannya semakin tinggi selepas beberapa negara jiran telah mula mengurangkan cukai masing-masing sejak beberapa tahun lepas bagi menarik lebih banyak pelaburan.