Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali (tengah) bergambar bersama ahli PPKKM ketika sesi dialog PPKKM berhubung isu kelewatan bayaran oleh pihak kerajaan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2018.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali (tengah) bergambar bersama ahli PPKKM ketika sesi dialog PPKKM berhubung isu kelewatan bayaran oleh pihak kerajaan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2018.

BANGI – Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) mendakwa kerajaan gagal membuat pembayaran kepada para pengusaha industri berkenaan selama hampir tujuh bulan.

Jelas Presiden PPKM, Datuk Mustapa Ali berkata, antara semua kementerian yang menggunakan membuat kontrak dengan syarikat di bawah industri itu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengupah pegawai keselamatan yang paling ramai iaitu 50,000 orang.

“Sebanyak 800 syarikat mengusahakan khidmat ini, yang buat kontrak dengan kerajaan 500 hingga 600 syarikat.

“Kebanyakan pelanggan kita Kementerian Pendidikan yang mana hampir 50,000 pegawai keselamatan yang bertugas di situ yang mana kontrak yang diberikan 2,000 kontrak dan 12,000 sekolah,” katanya kepada pemberita selepas lebih tiga jam mengadakan pertemuan dengan ahli persatuan itu di sini hari ini.

MGF19102018_PPKKM ISU KELEWATAN BAYARAN04
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Seri Mustapa Ali berucap ketika sesi dialog PPKKM bersama ahli mereka berhubung isu kelewatan bayaran oleh pihak kerajaan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2018.

Kata Mustapa, ekoran tidak menerima pembayaran daripada kerajaan, jumlah kerugian semua ahli yang mengusahakan syarikat khidmat pegawai keselamatan dianggarkan sebanyak RM280 juta.

Menurutnya, ia bukan sahaja menjejaskan pemilik syarikat malah situasi itu membebankan pekerja yang pada akhirnya menurunkan mutu perkhidmatannya.

Mustapa juga mendedahkan dirinya sendiri menjadi mangsa bayaran tertangguh selama berbulan-bulan sehingga mengakibatkannya dihimpit dengan masalah kewangan.

“Yang mana mereka yang menjadi pekerja tinggal di Lembah Klang memang tidak cukup dengan anak lima hingga enam orang, harga barang meningkat. Saya pun jual rumah, saya kena penalti RM3 bilion.

“Ada pemilik syarikat yang gulung tikar, jual tanah, jual rumah, jual kereta… Banyak. Kita anggarkan 30 peratus,” tambahnya.

Setelah berusaha menghantar surat kepada banyak kementerian membuat rayuan pembayaran dipertimbangkan, Kementerian Kewangan, kata Mustapa memberi respon dan jaminan selama tiga hari untuk membuat pembayaran.

Justeru, persatuan, ujarnya berharap agar kerajaan mengotakan kata-kata mereka jika tidak, ahli-ahli industri itu tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran. -MalaysiaGazette