Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Umum Bersama Calon PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Padang Koboi Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2018.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Umum Bersama Calon PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Padang Koboi Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tindakan menteri Kewanga, Lim Guan Eng mendedahkan permohonan kerajaan negeri Kelantan untuk mendapatkan bantuan disifatkan Presiden Pas sebagai tidak bermoral.

Kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perkara itu tidak sepatutnya didedahkan Guan Eng kerana ia bersifat rahsia.

“Memanglah dari segi amalan, akhlak, moralnya tidak elok begitu dan kita pun tak dedah rahsia dia,” katanya dipetik daripada HarakahDaily pada Jumaat.

Untuk rekod, Guan Eng pada 22 Oktober lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Guan Eng kemudian mendedahkan surat permohonan bantuan kewangan dari kerajaan persekutuan oleh kerajaan Kelantan sebanyak RM24.5 juta.

Isu ini pada mulanya timbul apabila Menteri Kewangan itu mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri Kelantan yang dikatakan berminat untuk mengambil alih projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika dibatalkan pada masa hadapan.

Cadangan tersebut seolah-olah menjadi bahan ‘ejekan’ Guan Eng kerana beliau menyoal bagaimana pula kerajaan negeri Kelantan mampu berbuat demikian apabila gaji anggota perkhidmatan tidak mampu dibayar oleh mereka. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan