Home Utama PM ucap selamat maju jaya kepada calon PT3

PM ucap selamat maju jaya kepada calon PT3

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini.

“Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3. Do your best!,” kata Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter.

Seramai 425,251 calon akan menduduki ujian bertulis PT3 pada tahun ini termasuk 394,458 calon dari sekolah menengah kebangsaan dan bakinya 10,949 orang adalah calon swasta.

Peperiksaan itu berakhir Khamis ini. – MalaysiaGazette