Chegubard
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard

KUALA LUMPUR – Badrul Hisham Shaharin tampil mendedahkan sebuah syarikat guaman yang dimiliki pemimpin PKR dan lebih mengejutkan adalah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut terlibat dalam penyelesaian skandal tanah peneroka di Ijok.

Badrulhisham Shaharin atau Chegubard bercakap pada sidang media mengenai fitnah yang dibuat ke atas beliau dan keluarga ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana cubaan beli Ahli Parti Bunga Raya di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 19 FEBRUARI 2018

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata daripada kertas penyelesaian luar mahkamah yang diperolehnya, kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak syarat supaya syarikat guaman, Tetuan Daim & Gamany wajib dilantik dalam penyelesaian tanah peneroka itu.

“(Syarikat terlibat) wajib melantik Tetuan Daim & Gamany (dalam penyelesaian luar mahkamah), siapa pemilik syarikat peguam ini, mereka ini boleh dilihat details syarikat tersebut.

“Tengok di ruangan emell pemilik ([email protected]), siapa dia? Sivarasa, siapa dia ini? Dia adalah kartel Azmin Ali, Azmin belum cakap dia dah kata betul, tak cakap pun dia dah kata betul, Ahli Parlimen Subang dan disinilah duduknya Latheefa Koya,

“Pimpinan Pusat PKR, disinilah duduknya N. Surendran dan beberapa pegum daripada PKR lain,” kata Badrul Hisham dalam satu sidang media dalam Facebook hari ini.

Selain itu, Badrul Hisham terkejut apabila mendapati Daim yang dikenali pengikut setia Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mempunyai kepentingan dalam syarikat guaman yang dilantik menyelesaikan isu tanah tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Daim membaharui sijil guamannya pada 12 Januari lalu dan berdaftar di firma guaman Tetuan Daim & Gamany, di mana beliau pernah menjadi rakan.

Beliau disenaraikan sebagai peguam ke-14 paling kanan, selepas menyertai Badan Peguam Tanah Melayu pada 27 Februari 1961.

Dengan pendedahan ini, Badrul Hisham mendakwa wujud konflik kepentingan apabila mereka yang dilantik dalam penyelesaian isu tanah ini adalah kroni PKR dan Mahathir.

“Ini sahaja sudah berlaku conflict of interest, pertembungan kepentingan yang dimana kamu letak dia dan semua duit pengurusan RM1.18 bilion masuk melalui peguam ini.

“Ini Sivarasa kena jawab, soalnya ia ada kemungkinan Daim yang sama, penyangak perompak punca konspirasi disebalik kes Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya lagi.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamd Azmin juga didesak menjelaskan isu tanah bernilai RM1.18 bilion yang dijual kepada dua syarikat pada tahun 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan itu dibuat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.

Soalnya, kata Chegubard, apa justifikasi Mohamed Azmin menyerahkan tanah itu walaupun keputusan mahkamah rayuan memihak kepada Khalid dan kerajaan negeri. – MalaysiaGazette