Barisan penyanyi album patriotik dari kiri versi Mandarin, Leonard Lai Yzek Hzeng, versi Bahasa Malaysia, Zazrina Zinuddin, versi Inggeris, Jacqueline Victor, versi Melayu Kadazan Dusun, Audra Pearl Justine dan versi Sarawak, Awebester Joe Benedeh pada Majlis Pelancaran Album Patriotik #tonggaknegara di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto MALAYSIA GAZETTE, 22 MAC 2018

KUALA LUMPUR – Album Patriotik, #TonggakNegara yang menghimpunkan lapan buah lagu berbeza bahasa dengan pelbagai rentak hasil portal terbitan theRakyat dilancarkan lancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di Istana Budaya hari ini.

Menurut Pengarah theRakyat, Shamsulbahrin Ludin, penerbitan album itu adalah satu usaha bagi memupuk serta meningkatkan perasaan cinta kepada negara melalui penyampaian lagu dan muzik.

Jelasnya, semangat patriotik itu bukan hanya pada bulan kemerdekaan sebaliknya wajar dipupuk serta dihayati setiap masa tanpa mengira usia dan golongan.

“Kami sangat berbangga kerana dapat bersama-sama memberi sumbangan kepada negara dalam usaha memupuk semangat patriotik kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.

“Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk stesen radio dan televisyen untuk sama-sama menyiarkan lagu-lagu ini bagi memupuk minat umum untuk mendengar serta menghayati kandungannya.

“Lagu-lagu ini juga diberikan secara percuma supaya dapat dimaanftakan oleh pihak,” katanya selepas majlis pelancarannya hari ini.

Tambah Shamsulbahrin, selain daripada itu, melalui penerbitan #TonggakNegara, pihaknya juga mampu memberikan penghargaan kepada kerajaan yang sentiasa berusaha keras untuk memberikan keselesaan hidup kepada seluruh rakyat selama ini.

Dalam pada itu, album berbentuk digital itu boleh dilayari di portal theRakyat.com, antara versi lagu termasuklah bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien, Kantonis, Tamil, Sabah dan Sarawak.

Antara penyanyi utamanya pula termasuk Jaclyn Victor, Zazrina Zainuddin, Audra Pearl Justine, Ravi Sharma, Leonard Lai Yzek Hzeng, Jackes Tew Jack Shiong dan Sean Say How.

Lagu-lagu ini juga telah digubah oleh composer, Anuar Abdul Razak yang pernah menerima anugerah ‘Ikon Negara 2017’.

Senarai lagu dan penyanyi

  1. Melayu – Rakyat Tonggak Negara oleh Zazrina Zainuddin
  2. Sabah – Sabah Kaandasan Ku oleh Audra Pearl Justine
  3. Sarawak – Kamek Hidup Harmoni oleh Awebestier Joe Benedeh
  4. Mandarin – Kami Saling Memahami oleh Leonard Lai Yzek Hzeng
  5. Inggeris – Pillars of the Nation oleh Jaclyn Victor
  6. Tamil – Barisan Pilihan Rakyat oleh Ravi Sharma
  7. Hokkien – Hadapi Cabaran oleh Jackes Tew Jack Shiong
  8. Kantonis – Perpaduan oleh Sean Wong Say How.-MalaysiaGazette