Khairy Jamaluddin

Berita kononnya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri adalah perbuatan terdesak pihak lawan.

Setiausaha Politiknya, Megat Firdouz Megat Junid berkata, dakwaan terhadap Menteri Belia dan Sukan itu tidak benar sama sekali.

“Harap sahabat-sahabat dapat lebih berhati-hati dengan taktik terdesak mereka ini.

“Moga penjelasan ini dapat mematikan fitnah yang sedang ditularkan,” ujarnya dalam satu sebaran media sosial hari ini.

Berita kononnya Khairy mahu meletak jawatan tersebar sejak kelmarin dan beliau juga sudah menafikannya.

Ahli Parlimen Rembau itu salah seorang daripada mangsa fitnah selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Menurut satu laporan, Khairy menegaskan, wala’ yang diikrar semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 untuk taat setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih kekal.

Selain itu, beliau juga didakwa oleh Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kononnya pernah berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kerana tidak bersetuju dengan Najib.–MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast