Home Dunia FAA siasat dua pesawat hampir bertembung

FAA siasat dua pesawat hampir bertembung

LOS ANGELES – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sedang membuka siasatan selepas trafik udara tersilap membenarkan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) menggunakan laluan sama dengan sebuah pesawat lain.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa pesawat Boing 777, EVA Airways menuju ke Taipei, Taiwan, terbang di utara bukannya di selatan setelah berlepas dari LAX awal pagi Jumaat, menurut pegawai FAA, Ian Gregor.

“Pada masa itu, pesawat berlepas dari LAX ke arah timur,” kata Gregor, sambil menambah, penerbangan EVA pula meninggalkan kompleks di landasan lapangan terbang itu sebelah selatan.

Gregor berkata, pesawat 777 itu beralih dari menara kawalan LAX kepada kawalan di San Diego sebaik sahaja berlepas.
“Pengawal trafik udara yang mengendalikan EVA telah mengarahkan juruterbang untuk membuat arah ke kiri 180 darjah dan bukannya kanan seperti yang sepatutnya.

“Arahan itu memberi maksud agar juruterbang membuat satu pusingan kanan 180 darjah. Juruterbang berpaling ke kiri. Pengawal kemudian menyedari EVA telah beralih ke arah yang salah.

“Pengawal trafik udara dengan segera bertindak memisahkan pesawat EVA daripada Air Canada yang telah berlepas dari kompleks landasan utara,” kata Gregor.

Kedua-dua pesawat itu berjaya berada dipisahka pada jarak yang diperlukan antara satu sama lain.

“”Pengawal kemudian mengalihkan arah pesawat EVA ke arah selatan.

“Pengawal trafik udara turut mengeluarkan beberapa siri arahan kepada juruterbang EVA untuk berpusing ke arah menjadikan selatan bagi memastikan pesawat itu dengan selamat di atas atau jauh dari kawasan berdekatan,” tambahnya.

Pesawat itu kemudian bertukar rendah di kejiranan Altadena, mengejutkan sekurang-kurangnya satu pemilik rumah.

Pesawat EVA menuju hampir dengan Pergunungan San Gabriel dan berada di bawah puncak Gunung Wilson pada 5,700 kaki.

Ketika detik-detik itu, juruterbang menukar arah dan menuju kembali ke arah laut.

Gregor berkata, di bawah peraturan FAA, pesawat sekurang-kurangnya berada 3 batu sisi atau 2,00 kaki menegak di atas halangan, seperti gunung. – MalaysiaGazette