Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad (berdiri) memerhati Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah menandatangani buku pelawat dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menjalinkan kerjasama strategik memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan terhadap jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengelakkan sistem percukaian negara.

Melalui kerjasama strategik itu, tindakan yang lebih bersepadu dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan bagi memastikan individu-individu yang terlibat dengan jenayah rasuah yang gagal melaporkan pendapatan mereka akan dapat dikesan dan dikenalpasti dengan lebih efisien.

Dalam satu pertemuan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah hari ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan, berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam memungut hasil cukai.

“Kerjasama strategik di antara pihak SPRM dan LHDNM ini akan memastikan bahawa maklumat mengenai kes-kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang disiasat oleh SPRM akan pada masa yang sama dirujuk kepada pihak LHDNM untuk diambil tindakan,” kata satu kenyataan LHDNM hari ini.

Melalui kaedah itu, mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja akan diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], tetapi juga akan turut diambil tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], khususnya berkaitan kesalahan pengelakkan pembayaran cukai.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh ini diharap akan menghalang dan sekaligus memadam keinginan mana-mana individu untuk terlibat dengan sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” kata kenyataan yang sama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha membendung dan memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengelakkan sistem percukaian negara.

Melalui kerjasama strategik ini maka siasatan serta tindakan yang lebih bersepadu dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan bagi memastikan individu-individu yang terlibat dengan jenayah rasuah yang gagal melaporkan pendapatan mereka bagi mengelakkan kewajipan membayar cukai pendapatan akan dapat dikesan dan dikenalpasti dengan lebih efisyen.

Dalam satu pertemuan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM Datuk Sabin Samitah hari ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan, berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam memungut hasil cukai negara.

Kerjasama strategik di antara pihak SPRM dan LHDNM ini akan memastikan bahawa maklumat mengenai kes-kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang disiasat oleh SPRM akan pada masa yang sama dirujuk kepada pihak LHDNM untuk diambil tindakan.

Melalui kaedah ini mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja akan diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], tetapi juga akan turut diambil tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], khususnya berkaitan kesalahan pengelakkan pembayaran cukai.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh ini diharap akan menghalang dan sekaligus memadam keinginan mana-mana individu untuk terlibat dengan sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM dan LHDNM juga berharap inisiatif ini akan menghantar mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa kedua-dua organisasi ini benar-benar serius dalam memerangi dan melumpuhkan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mereka juga pada masa yang sama ingin memastikan bahawa sistem percukaian negara terus diperkasa dalam menjana sumber pendapatan negara.

Dalam masa yang sama memastikan bahawa sistem percukaian negara terus diperkasa dalam menjana sumber pendapatan negara.–MalaysiaGazette