Home Dunia Mayat jurutera PSA Marine ditemui di perairan Karimun Anak

Mayat jurutera PSA Marine ditemui di perairan Karimun Anak

Mayat lelaki warga Singapura yang ditemui di perairan Karimun Anak di Kepulauan Riau disahkan sebagai pegawai kejuruteraan PSA Marine.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa bertugas.

PSA Marine yang mengesahkan perkara itu berkata, Ilzam Odit dilaporkan hilang selepas terjatuh semasa bekerja di Banyan Basin di pesisir Jurong Island.

“Operasi mencari telah dijalankan oleh PSA Marine dan agensi kerajaan sejurus selepas itu namun tidak ditemui,” kata PSA Marine sambil menambah punca beliau terjatuh sedang disiasat.

Pengesahan itu menjawab penemuan seorang lelaki warga Singapura yang mayatnya ditemui di perairan Karimun Anak oleh polis Indonesia Jumaat lalu.

Mayat seluar hitam, berkemeja putih dengan tulisan “PSA Marine” dan memakai but.

Kad pengenalan mangsa dipercayai milik mangsa tertera nama Ilzam bin Odit dan tarikh lahir sebagai 8 September 1963 dan tinggal di Sengkang.

Unit Polis Air Karimun, Inspektor Sahata Sitorus berkata, badan yang ditemui oleh nelayan tempatan telah dipindahkan ke Hospital Sani General Muhammad untuk bedah siasat.

Mayat itu dipercayai sudah dua hari. – MalaysiaGazette