Pesawat Rusia yang membawa 91 hingga 100 penumpang dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Sochi.

Sebuah pesawat milik Rusia yang membawa 91 hingga 100 orang penumpang dilaporkan hilang dari radar, lapor agensi media Russia.

Pesawat jenis Tu-154 itu merupakan milik Kementerian Pertahanan Rusia dilaporkan hilang sejurus lima minit bertolak dari sebuah resort Black Sea, Sochi.

Berita kehilangan itu didedahkan Kementerian Kecemasan Rusia kepada agensi berita Rusia, RIA Novisti.

Para penumpang terdiri daripada sekumpulan pemberita, pegawai tentera, pemuzik dari Alexandrov Ensemble.

Pesawat pengangkutan itu terputus komunikasi dengan menara radar 20 minit selepas berlepas.

Laporan belum disahkan berkata, pesawat itu menuju ke Wilayah Latakia, Syria tetapi pegawai atasan Rusia belum mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan lanjut.

Agensi berita Interfax sebagai memetik sumber boleh dipercayai di Rusia berkata, pesawat itu hilang selepas berlepas pukul 05:20 waktu tempatan (02:20 GMT).

Pesawat itu hilang semasa terbang di atas lautan wilayah Rusia, menurut sumber.

Operasi mencari dan menyelamatkan pesawat dan penumpang hilang telah digerakkan serta merta,menurut Stesen televisyen Rossiya 24. – BBC

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast