Bendera Kesatuan Eropah (EU)

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda 700 juta euro (RM3.4 bilion) ke atas Apple dan Meta kerana melanggar peraturan persaingan digital, sekali gus berisiko mencetuskan kemarahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Langkah itu dijangka menambah ketegangan dalam hubungan yang sudah pun tegang antara blok terbabit dan pentadbiran Trump, ketika kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan perjanjian bagi mengelakkan pelaksanaan tarif besar-besaran oleh AS terhadap EU.

Suruhanjaya Eropah mengenakan denda sebanyak 500 juta euro (RM2.4 bilion) terhadap Apple selepas mendapati syarikat itu menghalang pembangunan aplikasi daripada mengarahkan pengguna ke luar Applikasi Store bagi mendapatkan tawaran lebih murah.

Meta pula didenda sebanyak 200 juta euro (RM996 juta) kerana sistem ‘bayar atau beri kebenaran’ yang digunakan dalam Facebook dan Instagram melanggar peraturan mengenai penggunaan data peribadi. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast