Home Dunia AS usir 35 diplomat Rusia

AS usir 35 diplomat Rusia

Barack Obama

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengusir 35 diplomat Rusia sebagai hukuman kerana didakwa campur tangan dalam pilihan raya presiden bulan lalu.

Kesemua mereka diberikan masa 72 jam untuk meninggalkan negara itu.

Amerika Syarikat juga akan menutup dua kawasan yang digunakan untuk perisikan Rusia.

Keputusan oleh Presiden Barack Obama itu seiring dengan ikrarnya untuk bertindak terhadap Rusia yang dituduh menggodam Parti Demokratik dan kempen Hillary Clinton.

Rusia telah menafikan pembabitan itu dan menyifatkan keputusan Obama sebagai tidak ada justifikasi.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan diplomat-diplomat di Kedutaan Washington dan Konsulat di San Francisco sebagai “persona non grata'” (individu yang tidak dihargai), perlu meninggalkan negara itu bersama keluarga mereka dalam tempoh 72 jam.

Langkah yang diambil itu berikutan gesaan senator-senator kanan Amerika Syarikat untuk menyekat pegawai-pegawai Rusia yang dipercayai telah memainkan peranan menggodam semasa pilihan raya presiden, yang beberapa ahli parlimen merujuknya sebagai “Politik Pearl Harbor”.

Senator Republikan, John McCain dan Lindsey Graham, yang mengetuai gesaan terhadap sekatan itu berkata, mereka berhasrat untuk menerajui usaha dalam Kongres dengan mengenakan sekatan lebih kuat ke atas Rusia”.

Jurucakap Kremlin di Moscow pula berkata, Presiden Vladimir Putin akan mempertimbangkan langkah-langkah balas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast