Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali dilantik menjadi Adjunt Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pelantikan itu akan dibuat esok di UIAM Gombak.

Ia juga ada kaitan dengan kerjasama UIAM dengan Jabatan Imigresen.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, UIAM akan diwakili oleh rektornya, Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Jabatan Imigresen oleh Mustafar.

Ia akan disaksikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim.-MalaysiaGazette