Pertemuan antara Otou dan Yumi di Taman Nara akhirnya menyelesaikan kebisuan Otou selama 20 tahun. Foto Mirror

NARA – Seorang lelaki enggan bercakap dengan isterinya lebih daripada 20 tahun kerana merajuk.

Bagaimanapun, beliau berjanji tidak akan merajuk lagi selepas ini.

Otou, bapa kepada tiga orang anak itu menetap dengan isteri dan keluarga, sebelum ini hanya berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak bercakap langsung dengan isterinya, Katayama Yumi selama dua dekad.

Namun, Yumi bercakap dan memanggil Otou seperti biasa, meskipun tidak ada jawapan. Dia hanya akan angguk sahaja sebagai tindak balas kepada apa yang dicakap oleh Yumi.

Mendedahkan kebisuannya selama 20 tahun, Otou berkata, dia cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh Yumi kepada anak-anak mereka.

Kisah luar biasa pasangan ini didedahkan oleh anak lelaki bongsu mereka, Yoshiki, 18, yang menulis kepada satu rancangan televisyen yang meminta bantuan supaya ‘menyatukan’ kedua ibu bapanya.

Yoshiki berkata, dia tidak pernah mendengar ibu bapanya bercakap selama ini.

“Bapa saya tidak bercakap dengan ibu saya tetapi ibu bercakap seperti biasa dengan bapa.

“Hanya ada komunikasi satu hala,” katanya ketika menjelaskan keadaan ibu bapa mereka dalam rancangan televisyen itu.

Abang dan kakak Yoshiki, masing-masing berusia 21 dan 25 tahun juga tidak boleh mengingati bila mereka pernah mendengar kedua ibu bapa mereka bercakap antara satu sama lain.

 

Otou dan Yumi pada hari perkahwinan mereka. Foto Mirror
Otou dan Yumi pada hari perkahwinan mereka. Foto Mirror

Otou ketika ditanya dalam rancangan televisyen yang dirakamkan di bandar Nara, di selatan Jepun, beliau memberitahu, Yumi tidak memberi perhatian kepadanya.

“Apabila anak-anak saya dilahirkan, isteri saya memberi perhatian dan sibuk membesarkan anak-anak.

“Saya seorang yang cemburu. Saya merajuk dengannya.

“Saya tidak meraguk lagi,” tambahnya.

Dalam rancangan itu, stesen televisyen berkenaan menyatukan kembali Otou dan Yumi dengan menemukan mereka di taman yang sama ketika kali pertama mereka berjumpa.

Dan, situasi luar biasa berlaku apabila ia berakhir dengan adengan mereka bercakap.

Pada awalnya, sukar bagi Otou, tetapi selepas beberapa ketika dia berjaya mengeluarkan beberapa perkataan kepada isterinya yang duduk bersama-sama di atas bangku di Taman Nara.

“Anda terlalu mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi sehingga ini awak telah melalui banyak kesusahan. Saya hendak awak tahu saya berterima kasih untuk segala-galanya,” kata Otou kepada isterinya.

Aksi Otou dan Yumi itu menyebabkan anak-anak mereka mengalir air mata.

Di akhir rancangan itu, pasangan tersebut berjanji akan terus berkomunikasi antara satu sama lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast