KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazir Razak menyambut baik pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda yang baharu.
“Tahniah dan selamat maju jaya kepada pengerusi baharu Felda. Pastinya beliau mempunyai pengalaman – Kabinet, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Setiausaha Politik kepada Tun Razak dan pemilik kedai dobi,” kata
Pengerusi CIMB Group itu.
Pelantikan Shahrir yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan kepimpinan organisasi itu.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Isa Samad.
Shahrir berkata, beliau akan melakukan rombakan pengurusan utama, termasuk perubahan dalam barisan lembaga pengarah dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan organisasi tersebut. – MalaysiaGazette