Najib Razak (tengah) bersalaman dengan Adenan Satem pada malis penyerahan komputer riba kepada murid-murid tingkatan 5 dari Sarawak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya yang diadakan pada 26 Ogos 2016. foto FAREEZFADZIL, 26 OGOS 2016.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

Ketua Menteri Sarawak itu menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan pada pukul 1.20 petang tadi.

Allahyarham berusia 72 tahun.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak untuk ziarah jenazah,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitternya.

Najib berkata, jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar dan menyifatkan Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya. –  MalaysiaGazette