Home Nasional 19 agensi pelancongan tawar pakej haji tahun ini – TH

19 agensi pelancongan tawar pakej haji tahun ini – TH

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji memaklumkan sebanyak 19 agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji pada tahun ini.

Agensi-agensi itu ialah TH Travel & Services, Batuta Travel & Tours, Felda Travel, Masamas Travel & Tours, Rayhar Travel, Touch Me Travel & Tours dan Zahafiz Travel & Tours.

Selain itu, Alif Travel & Tours, C.S Holdings, Gemilang Travel and Tours, MKM Ticketing Travel & Tours, Syarikat Pelancungan Yaskin dan Utas Travel & Tours Worldwide.

Juga Andalusia Travel & Tours, Citra Travel & Tours, Misbah Travel & Tours, Platinum Gesture Travel & Tours, TM Tours & Travel dan Wira Saujana Travel & Tours.

Makluman itu disiarkan di akhbar tempatan itu turut memberitahu tarikh tutup pendaftaran bakal haji yang menggunakan perkhidmatan pakej haji TH Travel & Services dan Pengelola Jemaah Haji pada 30 Syaaban 1438 atau 26 Mei 2917.

Mana-mana pihak yang mengendalikan dan menguruskan jemaah haji tanpa kebenaran Lembaga Tabung Haji dikenakan tindakan di bawah Akta Tabung Haji 1995. – MalaysiaGazette