JEDDAH – Iran yang memboikot haji tahun lalu selepas enggan menandatangani perjanjian penganjuran ibadat itu telah dijemput untuk menghantar jemaah pada musim haji tahun ini.

Pegawai-pegawai Iran mengakui menerima surat jemputan itu dan bersedia untuk membincangkan semua isu haji dengan Arab Saudi.

Satu sumber berkata, Arab Saudi mengulangi kenyataan yang mengalu-alukan semua jemaah haji dan umrah tanpa mengira bangsa atau kaum.

Malah memaklumkan bahawa peraturan haji semua jemaah termasuk Iran dilaksanakan tanpa sebarang jurang.

Sumber itu berkata, kementerian telah menghantar surat sama dengan 80 buah negara meminta mereka untuk menghantar wakil mereka ke negara itu untuk membincangkan persiapan jemaah haji.

Tahun lalu Iran enggan menandatangani dokumen haji dan meminta jemaah haji yang diberi kebenaran untuk menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi yang sama sekali ditolak oleh Arab Saudi.

Iran kemudiannya telah menghalang lebih 60,000 jemaahnya mengerjakan haji.

Walau bagaimanapun, lebih daripada 700 rakyat Iran yang tinggal di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara lain datang untuk haji tahun lepas dan telah disambut mesra oleh Arab Saudi. – MalaysiaGazette