NEW YORK – Amerika Syarikat akan mengenakan cukai sempadan sebanyak 35 peratus kepada BMW jika syarikat automotif Jerman itu meneruskan rancangannya untuk membina kilang di Mexico dan kemudian eksport ke pasaran negara itu.
Amaran itu dibuat oleh Donald Trump dalam wawancara bersama akhbar Jerman, Bild.
Sebelum ini, jurucakap BMW memberitahu, syarikat itu akan membina kilang di San Luis Potosi bagi model 3 siri mulai tahun 2019 bagi pasaran global.
Kilang itu adalah kemudahan tambahan bagi pengeluaran di Jerman dan China.
Trump berkata, BMW perlu membina kilang baru di Amerika Syarikat kerana ia lebih baik bagi syarikat tersebut.
Beliau berkata, Jerman adalah pengeluar kereta besar, ditanggung oleh kereta Mercedes Benz yang menjadi pilihan di New York, tetapi tidak ada timbal balik.
Jerman tidak membeli Chevrolets pada kadar yang sama, katanya, membuat hubungan perniagaan yang tidak adil satu hala.
Jurucakap BMW berkata, syarikat itu sudah memiliki “banyak sangat’ kilang di Amerika Syarikat” dengan jumlah pekerja secara langsung dan tidak langsung banyak 70,000 orang di negara itu. – MalaysiaGazette