MARIO Gomez bersalaman dengan pemain-pemain JDT.

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Benjamin Mora disah sebagai ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, dalam Facebook rasmi, Johor Southern Tigers, berkata Mora dilantik bagi menggantikan Mario Gomez yang menamatkan perkhidmatannya dengan JDT.

Katanya, Mora, kelahiran Mexico itu telah meluangkan masa sebulan bersama kelab Sepanyol, Atletico Madrid semasa di luar musim sebagai persediaan menggalas tugas baharu itu.

Beliau juga mengumumkan pelantikan ketua jurulatih JDT IV, Mohd Hamzani Omar bagi menggantikan Mora untuk membimbing pasukan JDT II dalam kempen Liga Perdana.

Katanya, penolong Gomez dalam pasukan JDT, Raul Linghi akan membantu Mora dalam persiapan menghadapi Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast