KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Neelofa meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam tahun ini namun menyerahkan ketentuan jodohnya kepada Allah.

Dia yang juga aktres bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada 10 Februari ini.

Jutawan tudung itu berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri dan berdoa agar impiannya itu dipermudahkan.

“Februari ini saya 28 tahun. Sebenarnya saya memang sudah bersedia dan merancang mahu berkahwin tahun ini. Tapi sama ada tahun ini atau tahun depan atau dua tahun lagi, itu semua terletak di ‘tangan’ Tuhan.

“Kalau boleh saya mahulah cepat-cepat dan saya berdoa segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi SchaXAwal, bertempat ni Hotel  Majestic di sini semalam.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Lofa memberitahu, disamping melaksanakan komitmen sebagai hos program Meletop dia akan melancarkan koleksi untuk hari raya Aidilfitri juga koleksi istimewa sempena ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi.

Selain itu dia juga akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri mulai Mac depan.

Dalam drama sebanyak 24 episod itu, dia sekali lagi bergandingan dengan pelakon Fattah Amin.

“Saya akan sibuk dengan penggambaran drama episod selama dua bulan bermula Mac depan. Dalam drama tersebut, saya sekali lagi akan berganding dengan Fattah,” katanya. – MalaysiaGazette