Pemain JDT meraikan kemenangan ke atas Bangkok United malam semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani malam tadi.

Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan 30 minit.

Safiq Rahim memecah kebuntuan dengan menanduk masuk bola hantaran pemain gantian, Jeronimo Barrales pada minit ke-107.

Perlawanan yang seakan-akan memihak kepada pasukan selatan tanah air itu musnah apabila John Okwunwanne menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir masa tambahan, memaksa pemenangnya ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol, Farizal Marlias menjadi wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti bagi membolehkan JDT menang 5-4.

Kelab Jepun, Gamba Osaka kini menunggu kedatangan JDT pada 7 Februari ini untuk perlawanan seterusnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast