Pesawat Garuda yang tergelincir semasa mendarat di Yogyakarta.

YOGYAKARTA- Pesawat Garuda Indonesia Boeing 737-800 tergelincir daripada landasan semasa mendarat akibat hujan lebat.

Roda depan pesawat itu dikatakan terkeluar daripada landasan menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto terpaksa ditutup.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 8.50 malam.

Bagaimanapun kesemua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seokarno-Hatta di Jakarta terselamat dan dibawa ke terminal oleh pasukan penyelamat.-MalaysiaGazette