KUALA LUMPUR – Axiata Group Berhad (Axiata) melanjutkan kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Jamaludin Ibrahim tiga tahun lagi.
Kontrak Jamaludin yang menerajui kumpulan telekomunikasi itu sejak Mac 2008 dilanjutan mulai bulan depan, kata Axiata dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Sejak memimpin Axiata, Jamaludin berjaya menjadikan organisasi itu juara serantau dengan memiliki operasi mudah alih di lapan buah negara dan kerjasama digital, Internet dan perkhidmatan infrastruktur menara di negara-negara lain. – MalaysiaGazette