Halyjah Muhammad

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka dan datuk bayi lelaki berusia dua bulan yang kritikal dipercayai akibat didera ibu dan bapanya akan terus memantau perkembangan kesihatannya di Hospital Melaka.

Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhamad berkata, pihaknya telah menghubungi waris mangsa dan penjagaan akan diuruskan oleh datuknya di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU).

“Kami sudah berhubung dengan datuk bayi lelaki ini menghubungi dan sebagai waris, memang kami mengalu-alukan mereka untuk menjaganya kerana mempunyai hak dan pertalian keluarga.

“Di pihak JKM, kita juga akan memantau perkembangan kesihatan bayi ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan bayi lelaki berusia dua bulan yang disyaki didera sehingga koma akibat pendarahan dalam kepala oleh ibu bapanya malam Isnin lalu mulai sedar petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, bayi berkenaan mula menunjukkan perubahan positif sejak koma apabila dimasukkan ke PICU tengah malam Isnin lalu.

“Alhamdulillah walaupun masih lemah, bayi sudah sedar dan mula minum susu menggunakan tiub pukul 5 petang tadi (semalam),” katanya ringkas ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka membenarkan ibu bapa bayi berkenana direman tujuh hari sehingga 13 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, media melaporkan anak tunggal pasangan itu parah akibat pendarahan dalam kepala, luka dan lebam disyaki didera kedua ibu bapanya yang tidak bekerja.

Sumber berkata, bayi dua bulan berkenaan dipercayai didera dengan cara dadanya ditumbuk selain badan dihempas ke lantai kerana kerap menangis.

Kejadian terbongkar selepas ibu mangsa berusia 22 tahun menghantar anaknya itu ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri kononnya diserang sawan.

Mangsa bagaimanapun terpaksa dirujuk ke Hospital Melaka dan hasil imbasan CT doktor pakar mendapati kesan lebam, luka di badan dan leher serta pendarahan lama dan baru dalam kepala bayi terbabit.

Doktor kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki mangsa didera sebelum polis menahan kedua-dua suspek di Hospital Melaka, Selasa lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Dera anak dua bulan hingga kritikal, suami isteri direman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast