Muzium Louvre di Paris. Gambar hiasan

PARIS – Seorang tentera Perancis melepaskan tembakan dan mencederakan seorang lelaki bersenjatakan pisau selepas dia cuba memasuki Muzium Louvre di pusat bandar Paris dengan membawa beg, kata sumber polis.

Lelaki itu didakwa cuba masuk ke kedai bawah tanah muzium tersebut dan telah menyerang seorang tentera sebelum dia ditembak dan cedera parah.

Polis berkata, kawasan itu kini telah dikepung

Kementerian Dalam Negeri melalui Twitter berkata, kejadian itu adalah “serius”.

Insiden itu menyebabkan muzium berkenaan ditutup sementara. – MalaysiaGazette