Selebriti, Neelofa semasa majlis Pelancaran Koleksi Lady Lofa bersama Neelofa di Black Box Publika, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 7 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Neelofa mengaku dia memang berkawan dengan kerabat raja seperti yang kecoh diperkatakan sejak kebelakangan kini.

Neelofa, 28, berkata, kerabat raja itu merupakan kawan baiknya bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut status hubungan mereka.

“Saya tidak nafikan gosip itu, saya memang berkawan dengan dia, dan dia memang such a good friend to me,” katanya.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Md Noor berkata, menyedari kedudukan sebagai artis dalam industri hiburan dan jejaka itu pula dari golongan kerabat, tidak mudah untuk mereka lari dari pelbagai andaian dan gosip.

Malah, katanya, dia telah bersedia (berhadapan dengan andaian dan gosip) kerana keuda-duanya masih single dan orang akan melihat dari sudut yang pelbagai.

“Malah saya dapat banyak mesej cakap itu dan ini, saya minta anda semua faham perasaan saya untuk tidak ulas cerita-cerita yang tidak betul dan mengiyakan benda-benda yang tidak betul.

“Jadi itu (hubungannya dengan kerabat) antara cerita-cerita yang saya tak nak ulas. Tolong faham kedudukan saya, tolonglah beri saya ruang kerana saya tak nak keruhkan lagi keadaan dengan Fattah…dengan semua hal ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran koleksi terbaharu keluaran Nealofar Hijab, Lady Lofa dan Lady Lofa Lux di Publika di sini hari ini.

Selebriti, Neelofa menyambut harijadi beliau pada majlis Pelancaran Koleksi Lady Lofa bersama Neelofa di Black Box Publika, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 7 FEBRUARI 2017.
Selebriti, Neelofa menyambut harijadi beliau pada majlis Pelancaran Koleksi Lady Lofa bersama Neelofa di Black Box Publika, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 7 FEBRUARI 2017.

Pengacara program MeleTOP itu diminta mengulas gosip di sebuah akhbar hujung minggu lalu yang mengatakan dia sedang berkawan dengan jejaka dari golongan kerabat raja.

Malah gambar Neelofa dan jejaka itu di sebuah majlis kini menjadi tular di laman sosial.

Diasak soalan lagi, katanya, perkenalan dengan kerabat raja itu tidak diatur oleh kaum keluarga kedua belah pihak.

Malah jelas wanita kelahiran Kelantan itu, ibu bapa sendiri tidak berpernah bertanya hal itu kepadanya.

“Orang tidak tahu saya menangis seorang-seorang selepas kes dengan Fattah.

“Saya harap diberi ruang dan jangan beri tekanan kepada saya.

“Saya bukan dilema tetapi kini terperangkap dalam situasi yang menjadi perhatian ramai,” katanya.

Neelofa kelmarin mengesahkan telah menjalin hubungan mesra dengan pelakon Fattah Amin sejak minggu pertama drama Suri Hari Mr Pilot, bagaimanapun hubungan itu terganggu berikutan pelbagai cerita termasuk hubungannya dengan kerabat raja – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast