KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan khabar angin yang disebarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali yang kononnya terdapat menteri kanan akan meletakkan jawatan.

“Tiada seorang menteri pun yang memaklumkan kepada saya untuk berhenti.

“Saya agak Azmin cuba mencipta penipuan dan membuat kekacauan kecuali beliau boleh mendedahkan nama (menteri berkenaan),” kata perdana menteri di dalam tweet terbaharunya malam ini.

Azmin menerusi akaun Twitternya tadi mendakwa seorang menteri kanan kerajaan telah meletakkan jawatan kerana tidak mahu terlibat dengan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya, beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan,” katanya.- MalaysiaGazette