Kim Jong-un

PYONGYANG – Korea Utara mengesahkan ia telah berjaya melancarkan peluru berpandu balistik pada hari Ahad yang diselia oleh Kim Jong-un.

Peranti telah digambarkan sebagai “peluru berpandu balistik permukaan ke permukaan sederhana hingga jarak jauh”, menurut agensi berita Korea Utara, KCNA.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menganggapnya pelancaran itu sebagai provokasi bersenjata untuk menguji tindak balas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Tindakan peluru berpandu balistik terkini oleh Korea Utara telah dikecam secara meluas.

KCNA melaporkan ujian peluru berpandu Pukguksong-2 –  jenis senjata strategik baru itu dikatakan mampu membawa kepala peledak nuklear.

Menurut laporan itu lagi, peluru berpandu itu telah dilancarkan pada sudut yang tinggi memberi kesan kepada negara-negara jiran.

Roket yang menggunakan enjin bahan api pepejal, kata laporan itu, memberi kesan lebih besar dan pelbagai.

Jong-un dikatakan telah melahirkan rasa puas hati dengan ujian itu, yang dilaporkan berkata, ia akan menambah kekuatan kepada Korea Utara,

Korea Selatan dan pegawai Amerika Syarikat berkata, peluru berpandu itu terbang ke arah timur Laut Jepun selama kira-kira 500km (300 batu).

Peluru berpandu itu mencapai ketinggian kira-kira 550km (350 batu), kata tentera Korea Selatan.

Pakar mencadangkan ujian tersebut diprogramkan untuk jarak yang lebih pendek untuk mengelakkan peluru berpandu itu mendarat di Jepun. – MalaysiaGazette